SELAMAT DATANG.Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. :) Namun, sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila 'klik' HUBUNGI KAMI. Sekian.-2012-

Bengkel Teknik Menjawab

Pada bulan September yang lalu, sekolah SMK Panchor telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu 'Bengkel Teknik Menjawab' buat pelajar Tingkatan 3 setelah tamatnya silibus dalam pembelajaran. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik yang betul bagi menjawab dalam peperiksaan. Bengkel ini dijalankan selama seminggu di 'bilik muzik' SMK Panchor. Pihak sekolah juga telah berusaha mendapatkan tenaga luar untuk menjayakan bengkel ini. Namun demikian, pada slot Matematik, guru yang dijemput oleh pihak sekolah tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai masalah tertentu. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk menggantikan guru tersebut dengan tenaga pengajar dari dalam sekolah sendiri iaitu Cikgu Mustapha Kamil bin Ismail. Dalam slot itu, Cikgu Mustapha telah menerangkan tentang tajuk-tajuk yang menjadi isu hampir keseluruhan pelajar iaitu loci, algebraic expression dan linear equation. Berkat tunjuk ajar Cikgu Mustapha, hampir keseluruhan pelajar mampu memahami tajuk-tajuk tersebut. Ramai juga antara mereka yang berterima kasih kepada pihak sekolah kerana sanggup berusaha mengatur dan membayar tenaga pengajar dari luar demi membantu mereka dalam pelajaran. Mereka juga bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menimba banyak ilmu daripada bengkel tersebut dan mempelajari banyak teknik baru yang sememangnya dapat membantu mereka dalam menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kelak.