Kelas Akademik Cemerlang
Kelas Akademik Cemerlang (KAC) merupakan salah satu usaha pihak sekolah bagi meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap subjek-subjek yang dipelajari di sekolah khususnya buat pelajar Tingkatan 3. Program ini sememangnya banyak membantu para pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. KAC bermula pada 26 Jun 2012 sehingga 2 Oktober 2012. KAC ini dijalankan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan iaitu jam 3 petang dan tamat pada 4.30 petang. Para pelajar dibenarkan rehat selama setengah jam terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pembelajaran. Tenaga pengajar yang bertungkus lumus mengerah keringat demi menjayakan program ini terdiri daripada guru-guru SMK Panchor sendiri. Sesungguhnya jasa guru-guru SMK Panchor yang berdedikasi ini amat dihargai. Tanpa mereka, program ini tidak mungkin akan berjaya malah pelajar-pelajar juga tidak akan berpeluang untuk memantapkan ilmu pengetahuan mereka.
Subscribe to:
Comments (Atom)