Program Lepas PMR
Program Lepas PMR merupakan program yag dikelolakan dan diatur dengan rapi oleh pihak Bimbingan Dan Kaunseling. Program ini bermula sebaik sahaja Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tamat iaitu pada 17 Oktober 2012 sehinggalah 9 November 2012. Aktiviti-aktiviti dalam program ini diatur berdasarkan slot-slot tertentu. Guru yang bertanggungjawab dalam menjayakan aktiviti dalam slot Matematik ialah Pn. Noor Akmar bt. Azlan dan Pn. Rohani bt. Md Yasin. Aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan 'SUDOKU'. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan minda pelajar dalam menyiapkan susunan nombor yang mengelirukan. Oleh itu, para pelajar boleh menguji kebolehan mereka dalam menyelesaikan misteri tersebut. Di samping itu, para pelajar juga berpeluang untuk mencungkil dan mengasah bakat mereka yang mungkin sekian lama tidak digilap. Oleh itu, aktiviti dalam program ini sememangnya mampu menjadi 'platform' yang baik buat pelajar utuk menunjukkan bakat mereka yang terpendam. Akhir sekali, 'Program Lepas PMR' ini memang tidak dinafikan banyak memberi manfaat dan input buat para pelajar.
Subscribe to:
Comments (Atom)